smlm xdapat tido sbb sindrom sesak nafas menyerang sistem pernafasan secara bertubi-tubi.. adehh..sukar nk bernafas secara normal. kenape ye? adakah sbb sy terlalu bahagia 2,3 ari ni? hahaha..semenjak dua menjak ni hati kerap berbunga-bunga. dah terasa mcm musin bunga la pulak.. x macam dulu, kejap2 musim panas, kejap2 musim sejuk..pastu kejap2 terasa mcm ribut taufan...gagaga~ perasaan berubah2 ikot suke hati jer..
tentiu cik boipren sbb telah berjaya membuat hati si anak dara terasa bahagia mcm dalam dunia ni beliau sorang je yang ada boipren..pastu, time kasih jugak sbb wat hati anak dara ni kembang sekolam (xde la gi istilah kembang semangkuk) mcm dia jer yang paling comel di alam semester neh..kembang kempis idung bila dipuji.. hik3..waaaa~
betul la kata-kata veteren..sesuatu yg berlaku pasti ada hikmahnya..sebelum ni, TSUNAMI- fenomena alam yang semua orang tahu, tanpa diduga telah menyerang sistem perhubungan anak dara dan si boipren. si anak dara hampir2 ingin membuang hatinya di longkang berdekatan~ seb bek x jadi
huhu..akibat daripada tsunami neh, hati anak dara terpaksa berada dalam rawatan pemuliharaan hati wat sementara waktu..sakitnya hati time tuh..anak dara comel menderita sakit hati pada masa tu..tp sape yang tahu? aaaaa..tragis
menurut kajian yang telah dijalankan oleh professor serba tahu (Prof.Zida), penyakit hati seringkali dikaitkan dengan satu parasit yang dikenali sbg "parasit buah hati". pada peringkat awal, parasit buah hati tidak memberikan sebarang masalah atau tanda-tanda yang negatif kepada pesakit malah telah membuatkan si pesakit berasa bahagia dan gembira sepanjang masa. tp, bila tiba satu tahap, parasit buah hati akan memberikan sedikit tekanan kepada pesakit dari semasa ke semasa.
pada malam kejadian, parasit buah hati telah menyerang sistem pernafasan dan darah pesakit lalu tercetusnya darah tinggi dan pening2 lalat menyebabkan pesakit hampir pengsan..begitu lemah sistem pertahanan badan si pesakit kan? pesakit bersyukur sbb sindrom sawan tidak menyerang sistem otak pesakit..Sawan adalah penyakit hati yang paling seyes. kalo dah terkena sawan, pesakit hati terpaksa dihantar ke ospital sakit jiwa yang terdekat..gagaga~berisiko btol la sape yang ada buah hati neh..
menurut dokter hati, ada 2 cara nk mngubati penyakit hati ni..cara yang pertama ialah dengan melakukan pembedahan membuang buah hati..cara ini lebih selamat dan boleh dilakukan oleh pesakit sendiri..ini lazimnya dilakukan pada peringkat awal.
cara yg kedua ialah dengan membuang hati anda ke dalam longkang berdekatan tanpa perasaan ragu2..apabila pesakit tidak mempunyai hati, maka penyakit ini tidak akan myerang smpai bila2..ngeee~
apa yg merepek ni? taip ikut sesedap hati je..TAMAT